Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Friday, July 04, 2014

Hello Blog. Babai Facebook!

Assalammualaikum,

This blog is coming back to life soon. Aku dah bosan dengan facebook! lepas ni aku layan perasaan dgn blog aku pulak. Tahniah bro Nazali Noor kerana baru launch buku Ulu Yam di Liverpool 2, IsyaaAllah lepas ni buku aku pulak keluar.


Missed you guys. Power to the People.

Afdlin Shauki

Tuesday, November 08, 2011

Hi semua, terimakasih kerana menyokong boboi selama ini dan kami berharap sokongan anda akan berterusan. biar saya sedikit penjelasan mengenai konsep kumpulan boboi dan apa yang saya dan abg harun sedang cuba lakukan. Sebelum itu, pertama sekali, saya nak cakap yg antara peserta favourite saya (afdlin) dalam MLM adalah Adlin, BP dan kumpulan Hiro... Diorang semua memang lawak dan idea diorang semua best-best. Kita semua berkawan dan memang saling menyokong antara satu sama lain... jadi tak guna org melaga-lagakan kami, pasal kami dah berkawan lama dan kalis laga. Tujuan utama saya dan harun memasuki Maharaja Lawak Mega adalah untuk menghiburkan peminat-peminat kami yang dah lama tak dapat menyaksikan kami berlawak secara live di kaca tv. Awalnya, kami takde niat nak menang pun!... tapi kalau kami dah melakukan yang terbaik dan peminat semua menyokong ... alhamdulillahlah... syukur, rezeki takkan kami tolak, tapi itu bukan niat utama kami.... kami nak happy-happy dan buat peminat kami happy. Baiklah, ramai yg bertanya kepada kami samaada kami akan mengekalkan konsep budak-budak untuk maharaja lawak mega ini. Jawapannya ialah... YA! ini adalah kerana kami memasuki maharaja lawak mega bukan sebagai afdlin dan harun, akan tetapi sebagai boboi. BOBOI adalah brand yang ingin kami kembangkan supaya lepas ini boleh kita buat siri animasi BOBOI, filem BOBOI dan bermacam-macam lagi BOBOI. Bayangkanlah untuk 10 minggu MLM ni anda menyaksikan sitcom BOBOI. Kami tetap akan mengubah cerita-cerita kami untuk menghiburkan anda semua tetapi boboi mesti akan ada. Dan bila ada minggu ada tugasan, seorang akan menjadi org dewasa seorang akan menjadi boboi... contohnya Boboywa membantu CSI Malaysia menyelesaikan misteri kehilangan Boboyot, Boboyot menaiki kapal terbang kos rendah bersendirian dan di jaga stewardess. Boboi pergi tengok konsert Wings, Pokoknya semua sketsa akan ada Boboi!!... tetapi cerita berlainan. Ramai kawan-kawan lain yg akan mempersembahkan lawak-lawak mereka tersendiri dan kalau bagus, kita sokong!! Yang penting hiduplah komedi di Malaysia ini!! Teruskan sokong menyokong pengkarya-pengkarya Malaysia. Saya dan Harun dah lebih daripada 20 tahun di dalam industri ni, kami rasa kami dah tak perlu membuktikan versatiliti kami lagi, kalau nak tengok versatiliti kami tontonlah filem-filem dan rancangan-rancangan tv yg kami dah buat ok. Kami sayang anda semua, tapi percayalah dgn jalan yang telah kami pilih, kami bukan baru mencari tapak, tapi tapak kami yang orang jejak, jadi sebagai OTAI, kami akan terus menghibur anda semua dgn cara kami. Terima Kasih Semua. Assalammualaikum! HIRO, ADLIN, BAWAL POWER... I LOVE YOU ALL, KORANG MEMANG STAILO!! hahaha....

Saturday, October 22, 2011

Return of the Blog

Dah lama rasanya tak blogging. Ini semua gara-gara Facebook dan twitter. Sekarang ni tulis pendek-pendek aje dan gua realise keje gua nak layan fans aje. Bukan salah nak layan fans, fans tu sangat penting but gua realise yg gua dah tak bercerita tentang what's in my head lagi. Dan itu sebenarnya gua punya release. to just say whatever the hell i feel like saying or share and not caring about what people want to hear. This is a space where i can work out what is important to me. What matters to me.

I have been working a lot lately and traveling a lot too and i would like to share, the experiences i had on the journeys with you.

Aku dah tua dah, hahaha dan harapannya lebih matang dan WISE. Insya'allah

Aku berkawan dgn Doc Azizan yg membantu aku menjadi seorang Motivator.

Aku belajar underwater photography tahun ni. Yaaay!

Aku diving di Nusa Penida, Bali

Shooting filem Papadom 2 yg agak gila tapi menyayat hati.

berjumpa balik kawan lama dalam mentor tahun ni

Pertama kali pergi ke Mumbai untuk kerja pos produksi filem 'Untuk Tiga Hari'. Satu humbling experience dan pengalaman yg tak dapat di lupakan

Buat Mentor Raya sangat happening dan kelakor

Di Osaka dgn pembikin filem serata dunia.

Buat stand-up dgn Johan di London. Mamat ni sangat kelakar dan boleh pergi jauh.


I am facing a lot of work stress right now but i think i am handling it ok. hehehe to be truthful, i don't really know. My family life is suffering a bit as well. i am not spending enough time with my loved ones. Good news is i am losing weight. I am losing weight for the purpose of my health and not because anyone says i should.

Having said that, i see a really happening and bright future for me, my family and my vision works family. I thank Allah for making next year the most profitable, most fulfilling and most exciting year for all of us.

I will be sharing my thoughts on the undilah and namewee issue. my latest exploits. my new ideas and way of thinking. My philosophies.

For now i bid you all Adieu and as usual

POWER TO THE PEOPLE

BOBOI

Sunday, January 09, 2011

Raja lawak 5

Raja lawak kembali lagi dan saya rasa ini akan menjadi antara musim raja lawak yg terbaik pernah kita tengok! Tapi ada berberapa benda yg agak menyentuh hati gua pada gelanggang pertama hari tu. Sebenarnya gua sedih yang bob lokman pun meninggalkan raja lawak... Gua rasa kehilangan dua kawan baik gua... Bila bob belah dan sebegitu mudah gimmik pemergiannya dan macam tak ada apa apa penghormatan atau penghargaan dibuat... Gua rasa tak best.... Kerana lepas tu fokus di beri kepada


jury baru.... Bob belah tidak di kenang dan di beri penghargaan setimpal. Itu perasaan gua. Team Raja lawak kena lebih perihatin. Hormatilah yang masih hidup juga, jangan nak tunggu artis


kita mati baru nak buat promo bagai....

Power to the people!

-afdlin shauki Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 11, 2010

Afdlin Shauki UK Limited Edition Merchandise!!

To my fans yang berminat :

To buy merchandise:
1) Send name
2) contact details
3) size wanted to noradyman@visionworks.com.my /siti@visionworks.com.my
4) or call 03-41435097,5) or visit our office at the address in the Information box (10.30am til 6.30pm).

We need proof of payment before sending to you.

For payment details, please make a payment to our Maybank acc : 514815000705 thank you.


Pos Biasa Semenanjung & Sabah Sarawak : RM 3
Pos Laju : RM 7

Boleh lawat FB page office gua: Vision Works (M) Sdn Bhd untuk maklumat lanjut





















Album Afdlin Shauki Special UK Limited Edition hanya RM30 sahaja!!

Mengandungi lagu-lagu Ost popular dari filem-filem arahan Afdlin Shauki seperti :

1) Aku Lelaki (Papadom Ost)
2) Mia Sara (Papadom Ost)
3) Tiada Lagi (Papadom Ost)
4) Ku Tak Mahu (Los dan Faun Ost)
5) Hari Ini (Sumolah Ost)
6) Tanya (Sumolah Ost)
7) Cilok (Baik Punya Cilok Ost)
8) Waras (Buli Ost)
9) Mangsa Keadaan (Buli Ost)
10) Gagah (Setem Ost)
11) Hujan (Sumolah Ost)

Trek Bonus Studio!
1) Sampai Bila
2) Bukan Cinta
3) Gadis Pilihan
4) Daku Percaya
5) Hingga Ke Akhirnya

DAPATKAN SEGERA!!

Monday, November 08, 2010

Hari yang sangat baik!

Hari ni rasanya kalau aku berlari laju, aku boleh berjalan atas air... kalau aku try tackle selma hayek... aku pasti akan dapat berpacaran dgn dia... kalau aku memasuki pilihanraya mana-mana pasti aku akan di undi lantas memenangi kerusi yang di pertandingkan. Kalau aku apply jadi menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan...Aku confirm dapat. Aku rasa aku akan jadi menteri yang terbaik dan akan dapat menganjakkan industri hiburan aku 20 langkah ke hadapan walaupun aku terpaksa menyakiti hati orang-orang koperat yang sedang menindas seniman dan karyawan di negara ini. Beginilah rasanya bila aku dapat melihat Liverpool mengalahkan Chelsea 2-0 semalam!

Ya Liverpool hanya berada di tangga ke 9 sekarang tapi mereka adalah contoh dan teladan terbaik bagi mereka yang berfikir yang kesusahan tu akan kekal selama-lamanya... Tidak!!... kesusahan tu sekadar pengajaran yang mengingatkan kita yang dgn usaha, sesiapapun boleh mengubah nasibnya!

Power to the people!!!

Saturday, October 30, 2010

Hello Gang !

Lama dah tak blogging, rasanya banyak dah pengalaman yg dilalui, banyak betul benda nak cerita tapi kini aku lebih menggunakan facebook daripada blog. dulu hanya ada blogspot, sekarang dgn myspace... yourspace.. facebook... twitter... life has become more complicated. Anyway... i akan cuba update blog saya dgn lebih kerap dan kepada yang berminat untuk share my london experience here are some merchandise dari persembahan saya di london.





Kepada my fans yg berminat untuk mendapatkan merchandise ini:

Afdlin Shauki UK Limited Edition - Long Sleeve T-shirt-stok terhad- (Malaysian Size not UK size)
To buy merchandise:1) Send name2) contact details...3) size wanted to noradyman@visionworks.com.my /siti@visionworks.com.my4) or call 03-41435097,5)
or visit our office at the address in the Information box (10.30am til 6.30pm).
We need proof of payment before sending to you. For payment details, please make a payment to our Maybank acc : 514815000705 thank you.Pos Biasa Semenanjung & Sabah Sarawak : RM 3Pos Laju : RM 7